Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

Saturday, March 06, 2010

Pokok lada hitam


Pokok lada hitam adalah salah satu pokok yg terdapat di garden kami.Anak benihnya kami dapat dari pasar tani.Pokok ni ditanam dalam pasu je,alhamdulillah berbuah juga.Pokok ini memerlukan cahaya matahari yg banyak, so tempat teduh tak sesuai untuk pokok ini.Daunnya seakan daun sireh tetapi ianya lebih tebal.Setakat ni saya tak perlu beli lada hitam untuk keperluan keluarga.Lada yg matang dipetik lalu dikeringkan,so terbentuklah lada hitam.

Friday, March 05, 2010

Pokok Mas Cotek

Ini adalah diantara koleksi pokok pokok yg terdapat di garden kami.My hubby suka kumpul pokok mas cotek.
Pokok mas cotek yg ditanam terdiri drpd mas cotek jantan dan betina.Selain pokok mas cotek kami juga ada menanam beberapa jenis pokok herba seperti sembung,mahkota dewa,misai kucing,sambung nyawa,naga buana,lidah naga dan lain lain lagi.


Insyaallah saya akan paparkan gambar herba2 tersebut dilain waktu.

Wednesday, March 03, 2010

Pokok belimbing buluh





Ini pulak pokok belimbing buluh yg ditanam hubby kat luar pagar.Dapat gak makan hasil tanaman sendiri.Bila pokok ni berbuah lebat dah tentu tak termakan oleh saya sekeluarga so kami sedekahkan kat jiran jiran.Pokoknya rendah je.Pada pemerhatian saya pokok belimbing ni kalau sering dicantas,maka ianya akan kerap berbuah.

Tanaman kucai

Kali ini nak cerita tentang hobi bercucuk tanam pulak.Di garden kami ada beberapa jenis dan kumpulan tanaman yg ditanam .

Pokok kucai adalah salah satu daripada koleksi tanaman yg ada kami tanam.My hubby lah yang rajin menanam dan menjaga kucai ni semua.Tanam dalam pasu je kucai ni,ye lah duduk rumah teres mana ada kawasan yg besar.Semua tanaman kucai ni adalah dlm 30 pasu semuanya.Sejuk mata memandang apabila tanaman tumbuh subur menghijau..Alhamdulillah.

Banyak lagi tanaman yg ada di garden kami,insyaallah lain kali saya paparkan untuk pengunjung semua.