Wednesday, March 31, 2010

Topaz pouch

Topaz pouch ni ditempah oleh murid Kolej Tunku Khursiah.Alhamdulillah

beliau menyukainya.

Monday, March 29, 2010

I am a good girl

Pencil case ni adalah milik Syaira.





Thursday, March 25, 2010

Multi purpose pouch,'kuih koci purse' for Kak Nyah.


Pouch dan purse diatas adalah untuk Kak Nyah,my sister in law.





Harap dia menyukainya.Sorry ye, lambat siapnya.

Monday, March 15, 2010

Beg Simpulan Kasih

Projek terkini. Saya namakannya 'Beg simpulan Kasih'atas cadangan kakak ipar.Ada poket kt depan dan di bahagian dalam.




Pandangan sisi 'Simpulan Kasih'.




Double buttons as closure.




Pandangan dalam beg.



Sunday, March 14, 2010

Beg Serbaguna

Beg serbaguna bersaiz 16in x 13 in x 4 in.Tali 26 in panjang.
Pandangan belakang beg.



Saya letakkan butang sebagai hiasan.




Pandangan di dalam beg.


Saturday, March 13, 2010

Pencil box

Yang ini pulak pencil box yang bersaiz 8 in x 4 in x 2 in.
Tuan punyanya Nabila.


Selain daripada diisi dengan alat tulis ianyanya juga boleh dibuat sebagai make up bag.

Beg lagi



Ini adalah beg yg saya jahit untuk Nabila.Saiznya agak besar,boleh memuatkan buku,nota dan lain lain keperluan.

Monday, March 08, 2010

Beg

Inilah dia kemasan di dalam beg.Ada tiga poket dan beg ini berzip.Nak letak telekung atau diapers pun boleh, ikut kesesuaian.




Boleh dimuatkan berbagai bagai barang keperluan.

Beg


Saya jahit satu lagi beg bersulam riben.Ianya ada lapik fibre kt dalam.Saiz 14 inci lebar,12 inci tinggi dan 4 inci tapak.

Saturday, March 06, 2010

Pencil case

Saya jahit pencil case untuk anak anak.Ada pengeras kain saya letakkan supaya nampak kemas .Gambar tak clear,maaf.
Pencil case ini adalah untuk anak perempuan saya.


Pencil case sulaman benang dan bunga butang.Warnanya adalah warna blueblack,tapi kat sini mcm warna hitam.



Ini pula pencil case bersulam reben.Sebenarnya nak isi apa apa pun boleh,tak semestinya isi pensil je.




Ini pencil case untuk anak lelaki kedua saya.Gambar reket dan huruf L tu drpd sulaman benang.

Pokok lada hitam


Pokok lada hitam adalah salah satu pokok yg terdapat di garden kami.Anak benihnya kami dapat dari pasar tani.Pokok ni ditanam dalam pasu je,alhamdulillah berbuah juga.Pokok ini memerlukan cahaya matahari yg banyak, so tempat teduh tak sesuai untuk pokok ini.Daunnya seakan daun sireh tetapi ianya lebih tebal.Setakat ni saya tak perlu beli lada hitam untuk keperluan keluarga.Lada yg matang dipetik lalu dikeringkan,so terbentuklah lada hitam.

Friday, March 05, 2010

Pokok Mas Cotek

Ini adalah diantara koleksi pokok pokok yg terdapat di garden kami.My hubby suka kumpul pokok mas cotek.
Pokok mas cotek yg ditanam terdiri drpd mas cotek jantan dan betina.Selain pokok mas cotek kami juga ada menanam beberapa jenis pokok herba seperti sembung,mahkota dewa,misai kucing,sambung nyawa,naga buana,lidah naga dan lain lain lagi.


Insyaallah saya akan paparkan gambar herba2 tersebut dilain waktu.


Beg ni saya buat untuk kakak ipar saya.Beg telekung ini saya sulamkan bunga daripada riben.Mencabar juga sulaman riben ni!Beg ni ala quilt sebab saya jahitkan fibre kt dalamnya supaya nampak kemas dan cantik.Ianya berzip dan berpoket kt dalam.

Wednesday, March 03, 2010

Pokok belimbing buluh





Ini pulak pokok belimbing buluh yg ditanam hubby kat luar pagar.Dapat gak makan hasil tanaman sendiri.Bila pokok ni berbuah lebat dah tentu tak termakan oleh saya sekeluarga so kami sedekahkan kat jiran jiran.Pokoknya rendah je.Pada pemerhatian saya pokok belimbing ni kalau sering dicantas,maka ianya akan kerap berbuah.

Tanaman kucai

Kali ini nak cerita tentang hobi bercucuk tanam pulak.Di garden kami ada beberapa jenis dan kumpulan tanaman yg ditanam .

Pokok kucai adalah salah satu daripada koleksi tanaman yg ada kami tanam.My hubby lah yang rajin menanam dan menjaga kucai ni semua.Tanam dalam pasu je kucai ni,ye lah duduk rumah teres mana ada kawasan yg besar.Semua tanaman kucai ni adalah dlm 30 pasu semuanya.Sejuk mata memandang apabila tanaman tumbuh subur menghijau..Alhamdulillah.

Banyak lagi tanaman yg ada di garden kami,insyaallah lain kali saya paparkan untuk pengunjung semua.