Sunday, September 11, 2011

THE VERSATILE BLOGGER AWARD


Terima kasih banyak2 pada SCLover Colection kerana sudi anugerahkan award ini pada DoubleNOR's Creative.Tak sangka terpilih hehe..Dah lama dapat..cuma sekarang baru Allah izinkan untuk letak kat blog.

Syarat2nya adalah:
1. Thank and link back to the person who gave you the award.Dah buat
2. Share seven things about yourself on the post.

1.Saya seorang yang dikategorikan dalam kumpulan pertengahan.Tak terlalu peramah dan tak terlalu pendiam..

2. Memang suka menjahit sejak dari kecil lagi.Masa kecil2 dulu selalu guna mesin jahit nenek,mesin dulu dulu yang guna tangan tuh..seronok sangat dapat kayuh mesin tu.

3. Lately ni saja saya aktif menjahit setelah semua anak2 tak ada kt rumah.Sunyi tak ada sesiapa ...mesin jahit jadi teman setia.

4. Selain menjahit saya juga suka memasak..Suka tengok suami dan anak2 menikmati makanan yang kita masak.Tambahan bila kena puji...hehe.

5.Saya juga suka dengan tanaman...saya dan suami mempunyai hobi yang sama..terutama tanaman herba..tapi akhir2 ni kurang sikit sebab kekangan masa dan ada penyakit M..

6.Saya suka ke sini .Jom tengok..banyak ilmu yang kita boleh dpt..selalu masa saya habiskan kt sini.Asyik sekali saya..Alhamdulillah.Terima kasih Allah.

7.Saya akan berehat sebentar daripada berblog bermula dari minggu depan sehingga ke suatu masa yang Allah tentukan...

3.Pass the award to 15 bloggers that you think deserve it.

Sesiapa yang sudi silalah ambik award ni ye...tak nak atau tak sempat tak mengapa.

Ina dari Teratak Ina
Intan dari intan cottage
kamsiah dari http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/
Ruby dari RUBI's Creative Craft
Yana dari ~ S.H.A'Inspiration~
mama alia dari aLiYa's cRaFt
Ain dari Ainko Life Journal
Uni dari Colourful Craft by UNI
Atie dari Crochet Gadis Pekan
Yati dari Yati's Blog
Ayeen dari Ayeen's Craft
Izah dari Izah Muffin Lover
Cmah dari Inspire Design Online store
Zura dari ZURA HANDMADE
Qienah dari .: e.L.e DeSiGn .:



Monday, September 05, 2011

Wallet M-Ikah


Wallet M untuk anak buah,Ikah.. ada kelainan sedikit wallet kali ni.Biasanya saya jahitkan butang sebagai hiasan..tapi kali ni diletakkan 3 butir mutiara penambah seri ilham dari tuan punya.Cantik kan..Creative anak buah mak cik yang sorang ni..





Monday, August 15, 2011

Hp pouch


Hp pouch untuk Nor Azidah saya buatkan ros sulaman riben supaya lebih berseri.



Sunday, August 14, 2011

Hp pouch


Tempahan dari seorang teman.Tq.



Tuesday, August 09, 2011

Sling bag - Nor Azidah


Sling bag/clutch yang ditempah oleh Nor Azidah dari Pulau Pinang.
Zip closure,flap +magnetic button ,panjang tali 51''end to end.



Poket berzip di bahagian belakang.

Thursday, August 04, 2011

Wallet M


Wallet M ini telah pun sampai ke tuannya.Tqvm.
Saiz 6.5'' x 3.75''.
3 card slots , 3 poket untuk duit kertas.
3 tempat untuk resit.
1 poket berzip untuk syiling
Magnetic button closure.




Wednesday, August 03, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pengunjung, follower,customer juga rakan2 blogger yang sudi datang ke blog saya.Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan ramadhan yg mulia.Sempena menyambut bulan yang membawa seribu kebaikan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat tulisan atau apa2 bentuk kesalahan saya yg mungkin menyinggung perasaan anda semua tanpa saya sedari.

Semuga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan kita diberikan kekuatan dan keizinan oleh Allah untuk melakukan ibadah puasa juga ibadah2 lainnya dengan sempurna dan mudah2an ianya juga dapat membersihkan diri kita dari setiap kesalahan serta kesilapan yang pernah kita lakukan.Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.Amiin..