Kakak ipar minta saya untuk jahitkan sulam riben pada baju beliau..Baju untuk dipakai pada majlis pernikahan adik lelakinya nanti.Harap Kak Nyah suka ye!
Tote bag comel untuk Mak Cik Enon.Mak Cik Enon menempah beg plain begini kerana beliau akan menyulam sendiri beg ini dengan ribbon.Beg untuk dibawa ke majlis yasinan katanya. Di belakang beg saya jahitkan satu poket berzip.Terimakasih.
Wallet i order by Zue.Zue inginkan kain polkadot utk bahagian dalam wallet..tapi stock tak de so saya gantikan dengan kain petak2 kecil.Dalam masa yang sama saya suruh seorang kawan yg berada di KL untuk belikan kain2 polkadot untuk saya Alhamdulillah beliau dpt carikan kain2 tersebut.Akhirnya saya buatkan Zue wallet i yang baru.. nanti saya uploadkan.
Ciri yang berbeza sedikit...iaitu 5 compartments utk cash..(hehe tersilap kot)