Monday, May 31, 2010

Sling Bag - Ilyani

Satu lagi beg yang ditempah oleh Ilyani.Sling bag ini saiznya lebih kurang 16.5" x 15.5" x 3".Ada satu poket di dalam.

Saturday, May 29, 2010

Mutiara Hati- Ilyani

Beg ini saya namakan Mutiara Hati..Ilyani yang mahukan beg begini.Ianya boleh dibawa ke kelas,shopping atau sebagai beg telekung.


Saiznya lebih kurang 16" x 13"x 3"..Mengandungi satu poket di dalam.

Thursday, May 20, 2010

Diaper bag - Isma

TYPE A.
Diaper bag ini ditempah oleh Isma. Beliau mahukan beg yg boleh memuatkan beberapa keperluan untuk dibawa ketika shopping seperti botol air mineral yg besar,termos air panas,botol susu, bekas susu anak juga beberapa keping diaper baby.

Saya jahitkan dua poket di luar dan lima poket di dalam.Isma juga meminta saya jahitkan zip sebagai opening.Saya jahitkan span di bahagian dalam beg sebagai padding untuk perlindungan barang2 di dalamnya.
Pilihan Isma adalah type A.




TYPE B
Yang ini pula diaper bag type B.Tidak banyak perbezaan dgn type A.Semua ukuran adalah sama.
Saiznya lebih kurang 17.5" x14.5" x 4.5".Panjang tali pula 30".




Tuesday, May 18, 2010

Beg Cikgu Zalina

Selamat Hari Guru! Beg sulam riben ini untuk guru kimia anak saya iaitu Cikgu Zalina.


Design beg ini lebih kurang sama dgn post saya sebelum ni,cuma saya tambahkan manik manik besar penambah seri.Harap Cikgu suka!

Beg Cikgu Norhayati

Sempena Hari Guru,anak saya minta saya jahitkan beg untuk guru add math dia iaitu Cikgu Norhayati.


Saya suka jahit zip begini kerana ruang bukaannya lebar berbanding cara jahitan zip yg lain.

Thursday, May 13, 2010

Sling Bag - Nabila


Saiz beg ini adalah 16" x 14" x 4". Panjang tali 38".




Tuesday, May 11, 2010

Camera Case

Sempena Hari Ibu, saya diberi hadiah sebuah camera.Alhamdulillah.
Saya nak cover camera tu dgn hasil tangan saya sendiri. So inilah hasilnya.

Kecil je casenya iaitu 3 1/2" x 4 1/2".Saya jahitkan span as padding supaya camera lebih selamat. Untuk nampak lebih manis,saya sulamkan sekuntum bunga Tulip daripada riben.


Sunday, May 09, 2010

Sling Bag Haida

Sling bag Haida ni bersaiz 15 1/2" x 14" x 4" .Panjang tali 35".Dua poket di dalam dan velcro tape digunakan as closure.



Tuesday, May 04, 2010

Maroon Simpulan Kasih

Beg Simpulan Kasih warna maroon adalah salah satu projek yang saya hasilkan.Beg ini bersaiz 17"x 12 1/2" x4". Seperti biasa dijahitkan span dibelakang facing.Ada 3 poket di dalam.


Saya gunakan butang as closure, Insyaallah projek yang akan datang nak gunakan zip pula.Ada yang sukakan butang,velcro tape dan zip.Ye lah..citarasa manusia sudah pasti berbeza.