Wednesday, December 29, 2010

Padded pouch-Kak Adik


Padded pouch bersaiz 6'' x 3.5'' milik Kak Adik..



Saya letakkan O/key ring utk disangkutkan kt mana2.
Thanks Kak Adik..

Friday, December 24, 2010

Wallet -Hudaa

Wallet Hudaa yg ini saya suka coraknya.Cantik!!.Pada pandangan sayalah..he he.


Wallet ini saiznya adalah 19.5cm x9.5cm.
2 compartments untuk duit kertas.
6 card slots.
1 zippered pocket for coins
magnetic button closure.
butang hitam sebagai hiasan.

wallet- Hudaa

Fabric wallet order drpd Hudaa.Magnetic button for opening yg saya letakkan butang hitam sebagai hiasan.

Wallet yg ni cuma ada satu slot saja untuk wang kertas.

Wednesday, December 22, 2010

small pouch-Ayu


Small pouch order drpd Ayu.Boleh letak ic,kad kredit,hp,digital camera,nak letak duit pun boleh..terpulang.Saya letakkan O/key ring seperti yg Ayu mahukan.


Saiznya lebih kurang 6''x 4''x 1''.

Tuesday, December 21, 2010

Drawstring bag/water bottle carrier- Ayu

Baru berkesempatan update blog.Sibuk bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan di musim cuti persekolahan ini menyebabkan blog sunyi.
Ok,bag ini saiznya adalah lebih kurang 7''x 4''x 12''(t).Panjang tali pula boleh diubahsuai.


Saiz beg ini boleh memuatkan dua botol air.Nak letak apa2 pun boleh sebenarnya.

Thursday, December 16, 2010

Cardwallet -Ayu

Cardwallet untuk Ayu yang boleh memuatkan beberapa keping card .Order drpd Ayu
sebenarnya adalah drawstring bag( bottle carrier) dan small pouch. Belum sempat lagi nak upload.Sedang bercuti kt kampung,so menjahit pun cuti lah juga.

Saiz cute sangat iaitu lebih kurang 4.5''x3''.


Monday, December 13, 2010

Cute drawstring bag-Billa

Penyakit malas melanda untuk berblog.Ada beberapa project yg belum diupload.Dengan malas saya updatekan beg jerut ni.
Beg ni kecil je saiznya iaitu 10''x 12''x 2.5''.Panjang tali pula 33'' end to end.



Beg ni tidak mempunyai poket as request.


Sesuai dibawa oleh gadis2 remaja ketika keluar.Actually sesuai utk semua golongan usia.

Wednesday, December 08, 2010

Mutiara hati tote bag-Hudaa


Padded tote bag order daripada Hudaa bersaiz 16''x 13'' x4''.Panjang tali pula 23'' end to end.Mempunyai tiga poket di dalam dan satu poket memanjang di bahagian belakang.



Bahagian belakang beg dijahitkan poket yang berzip.


Harap Hudaa suka ye.. Tq

Tuesday, December 07, 2010

Cute LV tote bag-Hudaa


Cute padded tote bag ni order drpd Huda.Saiznya 13'' tinggi x 10'' lebar x 4''.Panjang tali pula adalah 20''end to end.



Apa yg menariknya Hudaa minta dibuatkan poket berzip di bahagian depan dan belakang beg.
Very nice and convenient.


Zip for opening dan ada tiga poket di dalam..



Friday, December 03, 2010

Sling bag- 4 HARIZ


Satu lagi sling bag order daripada Nur Afwa untuk Hariz..

Panjang tali juga boleh dilaras dan ada satu poket di dalam.

Wednesday, December 01, 2010

Sling bag- 4 ALYA


Sling bag order daripada Nur Afwa untuk Alya..


Panjang tali boleh diubahsuai..


Maaf eh kualiti gambar kurang baik..Warna sebenar adalah seperti gambar pertama.

Padded diaper bag(red)-Sufiahana


Satu lagi padded diaper bag order daripada Sufiahana.Jom kita tengok apa komen Sufiahana.klik.


Semua ciri beg ini adalah sama dengan diaper bag yg sebelum ini (blue), cuma design luar sedikit berbeza.

Tuesday, November 30, 2010

Padded diaper bag (blue)-Sufiahana

Padded diaper bag order daripada Sufiahana.


Mengandungi 5 poket di bahagian dalam.Saiz yg boleh memuatkan termos, botol air mineral besar dan lain lain keperluan baby.


Dua poket dijahitkan di bahagian luar.

Monday, November 29, 2010

Padded tote bag- Sufiahana (kuntuman mekar)

Padded tote bag salah satu order dari Sufiahana.Saya namakannya 'kuntuman mekar'.



Ada lagi dua beg order dari beliau, nanti saya tunjukkan.Tunggu!!



My model menggayakan tote bag tersebut..

Monday, November 22, 2010

Orange wristlet

Wristlet warna oren ini boleh diletakkan samada hp,kamera atau duit pun boleh.Kiranya macam multipurpose wristlet.


Saiznya adalah 5.5" x3.5".Tali pula 12" end to end.

Thursday, November 18, 2010

Diaper bag-Zarina


Diaper bag order dari Zarina.


Diaper padded bag ini saya jahitkan lima poket di dalam.

Saturday, November 13, 2010

Hp pouch-Hajar

Saya hadiahkan hp pouch/wristlet ini untuk anak jiran yang baru dapat 5A dlm UPSR.Tahniah!



Saja nak bagi dia kerana mereka adalah antara jiran yg selalu bersama ketika suka dan duka.



Saiz lebih kurang 5.5" x3.5".

Thursday, November 11, 2010

Padded Sling Bag-Norzalila


Sling bag order dari Norzalila.Ada satu poket di dalam dan zip for opening.Panjang tali boleh di laras.




Saya hiaskan dengan dua lapis riben..TK La..

Saturday, November 06, 2010

Wallet-Adek


Saya cuba jahit wallet pulak..Ada kawan yang minta buatkan wallet utk beliau.Inilah hasilnya.



Saya jahitkan velcro tape yang diletakkan butang di sebelah depan.



Selamat menjamu mata!!

Monday, November 01, 2010

Clutch-projek terkini


Tempahan dari cust yang mahukan clucth simple yang dihiasi manik dan labuci.



Saiznya lebih kurang 9.5" x 7".



Clutch ni saya letakkan magnetic button.